Kehidupan dan ajaran, sebagaimana yang dikisahkan dalam Injil-injil Jesus_Christ

Oleh sebab tidak banyak daripada perincian-perincian kehidupan Yesus dapat ditentusahkan secara berasingan, adalah susah untuk mengukur ketepatan sejarah tentang pemerian-pemerian kitab Bible (Alkitab). Keempat-empat gospel (Injil) hukum gereja merupakan sumber maklumat utama bagi kisah Kristian yang tradisional mengenai kehidupan Yesus.

Salasilah dan keluarga

Rencana–rencana utama: Salasilah Yesus dan Desposyni
Jesus dan Mary: Madonna Hitam dari Częstochowa

Daripada keempat-empat injil, hanya injil Matius dan Lukas memberikan pemerian tentang salasilah Yesus. Pemerian Matthew memberikan nasab bapa melalui bapa sahnya, Yusuf; Lukas memberikan nasab bapa, atau menurut lagi satu tafsiran, nasab ibunya, Maria.[12] Kedua-dua pemerian mengesan nasab Yesus sehingga Raja Daud dan dari situ, ke Abraham. Kedua-dua senarai itu adalah serupa antara Abraham dan Daud, tetapi berbeza antara Daud dan Yusuf. Matius bermula dengan Salamo dan menerusi raja-raja Yehuda, berakhir dengan Zedekia, raja terakhir apabila Babilonia menaklukkan Yehuda. Oleh itu, Matius menunjukkan bahawa Yesus ialah pewaris takhta Israel yang sah. Salasilah Lukas adalah lebih panjang daripada salasilah Matius; ia bermula dengan Adam dan memberikan lebih banyak nama antara Daud dan Yesus.

Yosef muncul hanya dalam pemerian masa kanak-kanak Jesus. Dengan Yesus menyerahkan Maria kepada jagaan pengikutnya yang dikasihi semasa penyalibannya, (John 19:25–27), adalah mungkin bahawa Yusuf telah meninggal dunia menjelang masa Yesus berkhutbah. [13] Tiga buah kitab Wasiat Baru, iaitu Matius, Markus, dan Galatians, memerikan saudara-saudara Yesus, termasuk mungkin adik-beradiknya. [14] Perkataan Yunani, adelphos, di dalam ayat-ayat ini, sering diterjemahkan sebagai anak kandung lelaki, boleh merujuk kepada mana-mana saudara, dan kebanyakan orang Katolik dan Ortodoks Timur menterjemahkan perkataan ini sebagai saudara atau saudara sepupu dalam konteks ini (lihat Kedaraan abadi Mary).

Kelahiran dan kehidupan awal

Rencana–rencana utama: Anunsiasi, Kelahiran Jesus, dan Jesus semasa kanak-kanak
Pemujaan Gembala-gembala, Matthias Stom, abad ke-17

Menurut Matthew dan Luke, Jesus dilahirkan di Bethlehem, Judea, kepada Mary, seorang dara, melalui mukjizat Roh Kudus. Gospel Luke memerihalkan malaikat Gabriel melawat Mary untuk memberitahunya bahawa dia telah dipilih untuk melahirkan Anak Tuhan (Luke 1:26–38). Menurut Luke, suatu perintah Caesar Augustus memaksa Mary dan Joseph meninggalkan rumah mereka di Nazareth dan pergi ke tempat nenek moyang Joseph, tempat David, untuk Banci Quirinius. Selepas kelahiran Jesus, pasangan itu terpaksa menggunakan palung sebagai ganti untuk katil bayi kerana tidak ada lagi bilik untuk mereka di rumah penginapan bandar itu (Luke 2:1–7). Menurut Luke, malaikat mengumumkan kelahiran Jesus kepada gembala-gembala yang datang untuk melihat bayi baru dan kemudian mengumumkan apa yang disaksikan mereka ke seluruh kawasan (lihat Noël Pertama). Matthew juga mengisahkan "Tiga orang Majusi yang membawa hadiah kepada bayi Jesus selepas mengikut sebuah bintang yang dipercayai mereka sebagai tanda kelahiran Messiah, atau Raja Orang-orang Yahudi, (Matthew 2:1-12), dan pelarian ke Mesir selepas kelahiran Jesus untuk melepaskan diri daripada Pembunuhan Beramai-ramai Orang-orang Teraniaya.

Rumah Jesus semasa kanak-kanak dinyatakan dalam kitab Bible sebagai terletak di bandar Nazareth di Galilee. Menurut Luke, Joseph dan Mary tinggal di Nazareth sebelum kelahiran Jesus dan kembali ke sana selepasnya. Sebaliknya, Matthew mengatakan bahawa keluarga Jesus masih tinggal di Mesir dan hanya berpindah ke Nazareth selepas kematian Herod untuk mengelakkan kehidupan di bawah kuasa Archelaus, anak dan pewaris Herod. (Matthew 2:19-23).

Selain daripada pelarian ke Mesir dan satu perjalanan pendek ke Tyre dan Sidon, semua peristiwa yang lain dalam Gospel berlaku di Israel kuno. [15] Mengikut Luke (Luke 3:23), Jesus berumur "kira-kira tiga puluh tahun" ketika beliau dibaptiskan. Peristiwa tunggal yang disebut antara masa bayi dan masa pembaptisan dalam mana-mana Gospel hukum gereja ialah dalam Pencarian dalam Kuil oleh Luke (Luke 2:41–52). Dalam gospel Mark, Jesus ialah seorang tukang kayu (Mark 6:3), dan dalam gospel Matthew, beliau ialah anak tukang kayu (Matthew 13:55). Kedua-dua gospel itu menunjukkan bahawa Jesus menghabiskan sebahagian masanya untuk berlatih pertukangan kayu dengan ayahnya.

Pembaptisan dan Godaan

Rencana–rencana utama: Pembaptisan Jesus dan Godaan Jesus
Godaan Christ, Ary Scheffer, abad ke-19.

Gospel Mark bermula dengan Pembaptisan Jesus oleh John si Baptis yang diperihalkan oleh cendekiawan-cendekiawan Bible sebagai permulaan pengkhutbahan awam Jesus. Menurut Mark, Jesus datang ke Sungai Jordan di mana John si Baptis sedang berkhutbah dan membaptiskan orang ramai. Matthew menambah kepada pemerian ini dengan memerihalkan percubaan John untuk menolak permintaan Jesus untuk dibaptiskan, dengan mengatakan bahawa Jesuslah yang harus membaptiskan John. Bagaimanapun, Jesus mendesak dan mendakwa bahawa pembaptisannya diperlukan untuk "memenuhi semua kewajaran". (Matthew 3:15). Selepas Jesus telah dibaptiskan dan muncul dari air, Mark menyatakan bahawa Jesus "melihat syurga berpisah dan Roh turun kepadaNya bak merpati. Kemudian, suatu suara dari syurga berkata: "Kamu ialah AnakKu yang disayangi, dengan siapa Aku amat gembira." (Mark 1:10–11).

Selepas pembaptisannya, menurut Matthew, Tuhan membawa Jesus ke dalam gurun di mana beliau berpuasa selama 40 hari dan 40 malam. Semasa ini, syaitan menjumpainya dan menggoda Jesus untuk menunjukkan kuasa ghaib sebagai bukti bahawa beliau adalah benar-benar Anak Tuhan, walaupun setiap godaan ditolak oleh Jesus dengan suatu petikan kitab daripada Buku Deuteronomy. Pada keseluruhannya, Jesus digoda tiga kali. Gospel-gospel menyatakan bahawa selepas kegagalan, syaitan bertolak dan malaikat datang dan memberikan khasiat kepada Jesus (Matthew 4:1-11).

Pemerian Pembaptisan dan Godaan terdapat dalam Sinoptik, tetapi tidak terdapat dalam Gospel John.

Tempoh Pengkhutbahan Jesus

Khutbah di atas Gunung, Carl Heinrich Bloch, abad ke-19Judæa dan Galilee pada masa Jesus

Gospel-gospel menyatakan bahawa Jesus, sebagai Messiah, telah dihantar untuk "memberikan nyawanya sebagai tebusan untuk banyak [orang]" dan untuk "mengkhutbahkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ". [16] Pada sepanjang tempoh pengkhutbahannya, Jesus dikatakan melakukan berbagai-bagai mukjizad, termasuk menyembuhkan pesakit, menghalau hantu, berjalan di atas air, mengubahkan air menjadi wain, dan menghidupkan semula banyak orang, umpamanya Lazarus (John 11:1–44).

Gospel John memerihalkan tiga perayaan passover yang berbeza pada sepanjang tempoh pengkhutbahan Jesus. Ini membayangkan bahawa Jesus berkhutbah selama tiga tahun, walaupun sesetengah tafsiran Gospel Sinoptik mencadangkan hanya setahun. Tumpuan pengkhutbahannya adalah kepada pengikut-pengikutnya yang paling rapat, iaitu Dua Belas Hawari, walaupun banyak orang dianggap sebagai pengikutnya. Jesus berkhutbah bahawa hari kiamat akan datang dengan terkejut dan oleh itu, beliau memanggil pengikut-pengikut agar sentiasa berhati-hati dan beriman.

Pada puncak tempoh pengkhutbahannya, Jesus menarik beribu-ribu orang, khususnya di kawasan-kawasan Galilee dan Perea (masing-masing di Israel dan Jordan kini). Sesetengah ajaran Jesus yang paling masyhur datang dari Khutbah di atas Gunung yang mengandungi Beatitud dan Doa Tuhan. Jesus sering mempergunakan cerita ibarat, seperti Anak Boros, dan Cerita Ibarat Penyemai. Ajaran-ajarannya menumpukan kepada kasih sayang yang mengorbankan diri tanpa syarat bak Tuhan kepada Tuhan dan semua orang. Jesus berkhutbah tentang perkhidmatan dan rendah hati, pengampunan dosa, kepercayaan, memalingkan pipi yang lain, kasih sayang kepada musuh sendiri, serta keperluan untuk menurut maksud yang tersirat dan yang tersurat dalam Torah. [17]

Jesus sering bertemu dengan orang-orang terbuang, seperti publicani (pemungut-pemungut cukai empayar yang dibenci kerana memeras wang), termasuk hawari Matthew; apabila Farisi membantah tentang pertemuan dengan orang-orang dosa berbanding dengan orang-orang yang salih, Jeses menjawab bahawa hanya orang yang sakit memerlukan pakar perubatan, bukannya orang-orang yang sihat (Matthew 9:9–13). Menurut Luke dan John, Jesus juga berusaha untuk berkhutbah kepada kumpulan Samaritan yang mengikut sejenis bentuk agama Israel yang berbeza. Ini dibayangkan dalam khutbahnya kepada kumpulan Samaritan dari Sychar, dan menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. (John 4:1–42).

Penangkapan, pembicaraan, dan kematian

Ecce Homo (Lihatlah Orang Itu!), Antonio Ciseri, abad ke-19: Pontius Pilate memaparkan Jesus yang disengsarakan kepada orang-orang yang melihat: motif yang amat popular dalam seni Kristian.

Menurut Gospel-gospel, Jesus datang dengan pengikut-pengikutnya ke Jerusalem semasa perayaan Passover dan disambut oleh ramai orang yang bersorak, "Hosanna! Berkatlah dia yang datang di atas nama Tuhan! Berkatlah Raja Israel! [18] Selepas pemasukan kejayaannya, menurut gospel-gospel sinoptik, Jesus mengakibatkan kekacauan di Kuil Herod apabila beliau menterbalikkan meja-meja pengurup wang yang berniaga di sana dan mendakwa bahawa mereka telah menjadikan Kuil itu sebagai "sarang perompak" (Mark 11:17). Pada lewat minggu itu, menurut gospel-gospel sinoptik, Jesus merayakan makan Passover dengan hawari-hawarinya (kemudiannya dikenali sebagai Santapan Terakhir dan semasa itu, meramalkan pengkhianatan oleh salah satu hawari dan pelaksanaan hukuman mati ke atasnya. Dalam upacara amal ini, beliau mengambil roti dan wain dan berkata: "ini ialah badanku yang diberikan kepadamu" dan "cawan ini yang dituang untuk kamu ialah Perjanjian Baru dalam darahku", dan mengarahkan mereka "membuat ini sebagai kenangan bagiku" (Luke 22:7-20). Selepas makan lewat malam, Jesus dan hawari-hawarinya pergi bersembahyang di Taman Gethsemane.

Semasa di taman itu, Jesus ditangkap oleh askar-askar Rom atas perintah Sanhedrin dan sami besar, Caiaphas. [19] Penangkapan itu dilakukan secara rahsia pada waktu malam untuk mengelakkan rusuhan kerana Jesus telah menjadi popular dengan orang ramai (Mark 14:2). Menurut gospel-gospel sinoptik, Judas Iscariot, salah satu hawari, mengkhianati Jesus dengan mengenal pastinya kepada pengawal-pengawal dengan ciuman. Lagi seorang hawari menggunakan pedang untuk menyerang salah seorang penawan dan memotong telinganya. Menurut Luke, Jesus menyembuhkan penawan itu dengan segera. [20] Jesus memarahi hawari itu, dan menyatakan "semua mereka yang mengambil pedang akan mati dengan pedang" (Matthew 26:52). Selepas penangkapannya, hawari-hawari Jesus menyembunyikan diri mereka.

Penyaliban, Diego Velázquez, abad ke-17

Semasa Perbicaraan Jesus oleh Sanhedrin, sami-sami besar dan orang-orang tua menanyakan Jesus, "Adakah kamu Anak Tuhan?" dan apabila Jesus menjawab "Kamu yang berkata", mereka menghukumnya untuk menyebut kata-kata kufur terhadap Tuhan (Luke 22:70–71). Sami-sami besar kemudian menyerahkan Jesus kepada Prefect Rom Pontius Pilate, berdasarkan tuduhan hasutan untuk menuntut diri sebagai Raja Orang-orang Yahudi. [21] Semasa di hadapan Pilate, Jesus ditanyakan, "Adakah kamu merupakan raja orang-orang Yahudi?" Jesus menjawab, "Adalah seperti yang kamu berkata." Menurut Gospel-gospel, Pilate sendiri berasa Jesus tidak bersalah terhadap apa-apa jenayah terhadap orang-orang Rom dan oleh sebab terdapat adat pada perayaan Passover untuk gabenor Rom membebaskan seorang banduan (suatu adat yang tidak direkodkan di luar Gospel-gospel), Pilate menawarkan orang ramai pilihan antara Jesus dari Nazareth dan seorang pemberontak bernama Barabbas. Orang ramai memilih untuk Barabbas dibebaskan dan Jesus disalib. Pilate mencuci tangannya untuk menunjukkan bahawa beliau sendiri tidak terlibat dalam ketidakadilan keputusan ini (Matthew 27:11–26).

Menurut keempat-empat Gospel, Jesus meninggal dunia sebelum lewat petang. Seorang Judea yang kaya, Joseph dari Arimathea, dan menurut Gospel Mark dan Luke merupakan seorang ahli Sanhedrin, mendapat kebenaran Pilate untuk mengambil mayat Jesus dan memasukkannya di dalam kubur. [22] Menurut Gospel John, Joseph disertai oleh Nicodemus dalam pengebumian Jesus, dan ini juga ditulis dalam bahagian-bahagian lain dalam gospel John (John 19:38–42). Ketiga-tiga Gospel Sinoptik mengisahkan gempa bumi dan pengelapan langit dari pukul dua belas sehingga pukul tiga pada petang itu.

Kebangkitan Jesus dan Naiknya ke Langit

Christ en majesté, Matthias Grünewald, abad ke-16: Kebangkitan Jesus

Menurut Gospel-gospel, Jesus dibangkitkan semula pada hari ketiga selepas penyaliban. [23] Gospel Matthew menyatakan bahawa malaikat muncul dekat kubur Jesus dan mengumumkan kebangkitan Jesus kepada wanita-wanita yang telah tiba untuk menyapukan minyak pada badannya. Menurut Luke, adalah dua malaikat, dan menurut Mark, adalah seorang pemuda yang berpakaian putih. Mark menyatakan bahawa pada pagi kebangkitan, Jesus bertemu buat pertama kali dengan Mary Magdalene (Mark 16:9). John menyatakan bahawa apabila Mary melihat ke dalam kubur, dua malaikat menanyakannya mengapa dia sedang menangis; dan apabila dia berpusing, dia gagal mengenal Jesus pada mula-mulanya sehingga Jesus memanggil namanya. (John 20:11-18).

Gospel Perbuatan-perbuatan Hawari menyatakan bahawa Jesus muncul di hadapan berbagai-bagai orang di pelbagai tempat selama empat puluh hari kemudian. Beberapa jam selepas kebangkitannya, Jesus muncul di hadapan dua orang pengembara di jalan raya yang menuju ke Emmaus. Kepada pengikut-pengikutnya yang berkumpul, beliau menunjukkan diri pada petang selepas kebangkitannya. Walaupun pengkhutbahannya sendiri adalah khusus untuk orang-orang Yahudi, Jesus dikatakan menghantar hawari-hawarinya untuk berkhutbah kepada orang-orang bukan Yahudi dengan Penugasan Agung dan naik ke syurga sementara suatu awan menyembunyikannya daripada penglihatan. Menurut Perbuatan-perbuatan Hawari, Paul dari Tarsus juga nampak Jesus semasa mengalami peristiwa di Jalan ke Damascus. Jesus berjanji akan datang semula lagi untuk menunaikan ramalan Messiah yang tinggal. [24]

Rujukan

WikiPedia: Jesus_Christ http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.biblegateway.com/passage/?search=1Cor%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Acts%2...